Wednesday, 18 September 2013

Kasih Ayah Dan Emak

Kasih Ayah Dan Emak

“Faiz..Ooo Faiz, dah kemas bilik ke belum!”
“Dah mak.”
“Janganlah asyik main computer je”
“OK mak”
Begitulah perkataan yang sering bergeliga di rumahku ketika ku pulang ke rumah. Ibuku sentiasa mengingatkanku untuk membersihkan bilikku yang kadang-kala bersepah.
Ayahku pula sering bangun pada awal pagi untuk bersiap ke tempat kerja manakala ibu pula sibuk menyiapkan makanan di dapur untuk sarapan kami sekeluarga. Pada cuti hujung minggu pula ayah ku akan melakukan kerja-kerja sampingan di rumah.
Begitulah nikmat adanya ibubapa yang dikurniakan Allah kepada setiap manusia di dunia ini. Namun begitu, tidak semua orang bernasib baik. Tidak semua yang dapat merasakan nikmat ibu dan bapa sepanjang hidup mereka. Ada sebahagian dari kita yang kehilangan salah seorang daripada ibu bapa tidak kurang juga yang tidak sempat merasakan kasih dan sayang kedua-duanya sekali  semasa umur belum cukup setahun jagung lagi.

No comments:

Post a Comment